Oklah, bukan kerana saya ini pandai..[apalagi terlalu pandai..] memandang- kan ramai yang selalunya lupa dan nak men benda terbang ni [ver.fix winglah] yang memerlukan asuhan sikit, maka saya rasa terpanggil untuk menitipkan sedikit pengalaman yang ada...[mana yang boleh tambah, silakan bantu saya, demi keng- kawan yang memerlukan] Saya tidak kira tuan-tuan men EP ka NT ka GP ka apa-apa ka, semuanya sama mengikut version lama saya ni..
Bila nak turun FS [Flying Site] pastikan :-
1. Bateri Tx/Rx dah siap fully charge atau beli dry cell baru [dulu saya bantai
AA Eveready Heavy Duty hitam atau Enegizer saja] - kes ni perlu;
2. Glow Hitter [NP sahaja] sudah fully charge dan sedia untuk digunakan;
3. Glow Fuel 5%/10%/15%/20% atau berapa % pun tak apa, jangan lupa
[nanti kat FS ayaq mata];
4. Tx kena kilat dan range kena update selalu;
5. Servo dan Rx berfungsi dengan baik, ada good connection dengan Tx den-
gan baik/sama juga dengan Ver. EP;
6. Alat bantu padang secukup guna kena siap;
7. Getah tambat wing [dapatkan ver. postman ikat surat] secukupnya;
8. Keadaan Kapaiterbang kena ok selalu, jangan ada yang sangkut pulak,
checklah Aileron, Elevetor, Rudder dan juga Throttlenya;
9. Injin pulak kena bagus dia punya kompresennya, check juga Glow plug-
nya, api ada cukup ka tak cukup...;
Haaaa, bila dah sampai padang:-
he he he mestilah parking kerete ke motosikal ke Basikal ke baik-baik [macam yang ko rang selalu tengok tulah..], peh tu, angkutlah sema barang yang nak digunakan tu [untuk safety, barang tak perlu, kunci dalam bonet kereta [pada yang pakai kereta saja, yang tak pakai kereta, ikut sukalah...
Persiapkan segala kapaiterbang atau lainnya selengkap yang boleh [Jangan sekali-kali swicth on Tx, takut Int. dengan member yang sedang terbang]
Pastikan Frequency kita dan lawatlah kawan-kawan yang ada dulu, bagitahu dan bertanya tentang Frequency tu. Jika terdapat sama, bagi laluan kepada
yang mula, sedang atau tamat terbang dahulu. Minta laluan kepada semua flyer yang ada [...jika mereka benar-benar flyer sejati dan ada jatikawan, mereka akan faham dan memberikan laluan dengan offkan Tx mereka [pada yang sama frequencynya].
Apabila dah mendapat clerence, maka mulakan acara hidupkan injin setelah onkan Tx kita, cek rangenya dulu, pendekkan antenanya, jauhkan jarak Tx dengan kapaiterbang [jangan lupa on kan Rx sama....] sejauh L/K 20 ke 30 mtr, kalau pergerakannya baik [tak sangkut atau mengeliat] maka rangenya oklah tu.
Setelah injin hidup dengan kadar kuasanya yang cukup, maka taxikan kapal terbang itu ke permulaan runway, stop. Pastikan atas runway tiada sesiapa manusia atau apa-apalah, kalau clerence dah ok, start running dalam satu hala. Bila dah terbang hingga mencapai altituenya minima L/K 20 - 40 kaki.. barulah kita turn kapat tu ke kiri atau ke kanan. Apabila sudah dapat satu line, levelkan balik kapai tersebut. Capaikan Altitue L/K300 kaki dan terbanglah dalam satu line [level flying] dalam half throttle, mulakan sessi trimming Aileron, Elevetor [bukan alegator ya.. keh keh keh...] selevel yang boleh. Cuba low power dan pastikan kapai dive sedikit. Kemudian power dan terus terbang sepuas-puasnya....heeeeee!
Ha semasa sedang terbang, pastikan kapalterbang sentiasa berada dalam keadaan level ya, apabila membuat turn kiri/kanan, elevetor ke tarik sikit dan pastikan kapalterbang tidak menurun semasa turn tu, setelah dapat line lurus, levelkan balik. Teruskan terbang. Pastikan semasa kapalterbang sedang terbang mesti di hadapan kita, jangan sekali-kali terbangkan ke belakang kita hingga memaksa kita di kawal oleh kapalterbang tu.... Jangan...Jangan suka tuju kapalterbang ke arah kumpulan orang atau kita, bahaya.....takut kalau miss connec- tion, aduiii bayangkanlah dua tiga orang rebah....
Masa nak landing, jerit dan katakan "Landinggggggg" [Jangan sebut Landing Time, nanti ada jawab Laporpo dan watakungsi....Kah! Kah! Kah! tanya kawan samada Runway clear....kalau tak clear, terbang lagi, minta depa clear runway. Bila dah dapat clerence, maka ambil satu arah dan mula drop power perlahan-lahan, pastikan kapalterbang dive dalam keadaan tujahan yang sedikit laju.... bila sudah mencapai 3 mtr levelkan, tarik elevetor perlahan- lahan hingga kapalterbang mendatar. Dalam keadaan tu, kawal sehingga semakin rendah dalam keadaan level sehingga Landing gear belakang men- cecah tanah dan luncurkan terus, kemudian setelah perlahan, taxikan balik hingga parking....matikan injin.....off Tx dan kemudian hisap rokok...
Rasanya takat tu dulu basic flying kepada mereka yang dah boleh take off dan Landing....mana yang belum boleh tu, jerit-jeritlah kat sifu-sifu yang ada tu untuk landingkan......
Bab nak ushar-ushar buat formation tu, Bung Keladi dan Otai-Otai lain boleh teruskan sessi teori ni kut... heeeeeeeeeee
info : http://www.duniarc.com/index.php/topic,424.msg95874.html#msg95874
petua yg mmg sy amalkan
ReplyDelete....walaupun saya buat cara lawak, tapi nyatanya itulah seharusnya kita buat..
ReplyDelete