Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

03 August 2010

Aktiviti Aeromodeling - Ahad 01/08/2010

Entah macam mana, Penasihat PRCFF Tn Hj Mahamad Yusuf tiba-tiba menyeru ahli team untuk turun fly pada petang 01/08/2010, pembuka aktiviti bulan Ogos katanya. Puasa pun dah semakin hampir nih... dan berdun dunlah ahli team datang fly dan mai tengok saja...tak mainlah duduk bawah pokok jerrr..

Antara kehadiran beraktiviti di PRCFF petang Ahad
Ada dua Seagull LW 40 yang akan beraksi
Kehadiran Tn Hj Yusuf memberi semangat dan keceriaan ahli team
Ada 2 Mamat tukan, mai tengok jerr, kapai depa simpan
Ada 2 Mamat tukan, mai padang kena bawa passport
PakYa[Kolam], Hj Yusuf, Abg Man tune seagull LW 40
Kapai lama dah kuak lentang atas tarmac, mamat ni beli kapai baru
Seagull LW 40 Ismafaridi sedang beraksi
Pakya[Lori] sedang mengendalikan penerbangan aerobaticnya

31 July 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 30/07/2010

Rasanya sudah lama tidak bawa aktiviti PRCFF ke laman blog ini, maka aktiviti yang terbaru diwarnai kemeriahan yang cukup menghiburkan, selain dari acara penerbangan dan latihan, suasana dihingarkan lagi dengan telatah dan gurau senda dari ahli PRCFF...

Suasana awal aktiviti PRCFF
Kapal terbang Ustaz Lokman dan Pakya[Kolam]
Penghulu PRCFF PakLang Deen
sedang membaiki sayap kapalterbangnya yang rosak sedikit
Bg Nuar sedang memerhatikan kapalterbangnya ditune
oleh Pakya[Kolam] dan Nazri
IsmaFaridi sedang berehat sambil merenung jauh,
apa model lagi yang nak dibeli lepas ini
Cikgu Maliki sedang memerhatikan anaknya sedang menarikan
kapalterbang di udara
Ah Hai seorang flyer dan DIY yang cukup rajin bersama
kapalterbang biplanenya
Para Juruterbang sedang melakukan aksi penerbangan sambil diulas
lintas langsung oleh Ustaz Lokman

Tayangan : Aktiviti Jet Plane Nusajaya [oleh Poknik & Anaknya]





Saya sebagai anak Melayu dan sebagai RC Flyer berbangga sangat-sangat pada keberanian dan ketelitian kemampuan anak ini, kalaulah ramai yang sama macam dia, renungkanlah macam mana dengan keriuhan dunia rc di negara kita nanti dan bayangkan semua pesawat pejuang, Heli dan pesawat cormesial negara kita di kendalikan oleh anak-anak Malaysia kita....aduuuuhhhhh syabas dik dan syabas kat abah dia....

Petikan : Japan Aerobatic Schedule [Petikan dari RCMS 19 Jan 2007]



info : http://www.rc-ms.com/forums1/index.php?topic=1851.msg0#new

Adakah kita mahu advantage begini...? atau sekadar membuang nitro sahaja..? Renung dan fikirkannya...

23 July 2010

Petikan : Penyediaan untuk Flyer [Petikan dari Duniarc.com 06 Jun 2009]

Oklah, bukan kerana saya ini pandai..[apalagi terlalu pandai..] memandang- kan ramai yang selalunya lupa dan nak men benda terbang ni [ver.fix winglah] yang memerlukan asuhan sikit, maka saya rasa terpanggil untuk menitipkan sedikit pengalaman yang ada...[mana yang boleh tambah, silakan bantu saya, demi keng- kawan yang memerlukan] Saya tidak kira tuan-tuan men EP ka NT ka GP ka apa-apa ka, semuanya sama mengikut version lama saya ni..

Bila nak turun FS [Flying Site] pastikan :-

1.   Bateri Tx/Rx dah siap fully charge atau beli dry cell baru [dulu saya bantai
      AA Eveready Heavy Duty hitam atau Enegizer saja] - kes ni perlu;
2.   Glow Hitter [NP sahaja] sudah fully charge dan sedia untuk digunakan;
3.   Glow Fuel 5%/10%/15%/20% atau berapa % pun tak apa, jangan lupa
      [nanti kat FS ayaq mata];
4.   Tx kena kilat dan range kena update selalu;
5.   Servo dan Rx berfungsi dengan baik, ada good connection dengan Tx den-
      gan baik/sama juga dengan Ver. EP;
6.   Alat bantu padang secukup guna kena siap;
7.   Getah tambat wing [dapatkan ver. postman ikat surat] secukupnya;
8.   Keadaan Kapaiterbang kena ok selalu, jangan ada yang sangkut pulak,
      checklah Aileron, Elevetor, Rudder dan juga Throttlenya;
9.   Injin pulak kena bagus dia punya kompresennya, check juga Glow plug-
      nya, api ada cukup ka tak cukup...;

Haaaa, bila dah sampai padang:-

he he he mestilah parking kerete ke motosikal ke Basikal ke baik-baik [macam yang ko rang selalu tengok tulah..], peh tu, angkutlah sema barang yang nak digunakan tu [untuk safety, barang tak perlu, kunci dalam bonet kereta [pada yang pakai kereta saja, yang tak pakai kereta, ikut sukalah...
Persiapkan segala kapaiterbang atau lainnya selengkap yang boleh [Jangan sekali-kali swicth on Tx, takut Int. dengan member yang sedang terbang]
Pastikan Frequency kita dan lawatlah kawan-kawan yang ada dulu, bagitahu dan bertanya tentang Frequency tu. Jika terdapat sama, bagi laluan kepada
yang mula, sedang atau tamat terbang dahulu. Minta laluan kepada semua flyer yang ada [...jika mereka benar-benar flyer sejati dan ada jatikawan, mereka akan faham dan memberikan laluan dengan offkan Tx mereka [pada yang sama frequencynya].
Apabila dah mendapat clerence, maka mulakan acara hidupkan injin setelah onkan Tx kita, cek rangenya dulu, pendekkan antenanya, jauhkan jarak Tx dengan kapaiterbang [jangan lupa on kan Rx sama....] sejauh L/K 20 ke 30 mtr, kalau pergerakannya baik [tak sangkut atau mengeliat] maka rangenya oklah tu.
Setelah injin hidup dengan kadar kuasanya yang cukup, maka taxikan kapal terbang itu ke permulaan runway, stop. Pastikan atas runway tiada sesiapa manusia atau apa-apalah, kalau clerence dah ok, start running dalam satu hala. Bila dah terbang hingga mencapai altituenya minima L/K 20 - 40 kaki.. barulah kita turn kapat tu ke kiri atau ke kanan. Apabila sudah dapat satu line, levelkan balik kapai tersebut. Capaikan Altitue L/K300 kaki dan terbanglah dalam satu line [level flying] dalam half throttle, mulakan sessi trimming Aileron, Elevetor [bukan alegator ya.. keh keh keh...] selevel yang boleh. Cuba low power dan pastikan kapai dive sedikit. Kemudian power dan terus terbang sepuas-puasnya....heeeeee!

Ha semasa sedang terbang, pastikan kapalterbang sentiasa berada dalam keadaan level ya, apabila membuat turn kiri/kanan, elevetor ke tarik sikit dan pastikan kapalterbang tidak menurun semasa turn tu, setelah dapat line lurus, levelkan balik. Teruskan terbang. Pastikan semasa kapalterbang sedang terbang mesti di hadapan kita, jangan sekali-kali terbangkan ke belakang kita hingga memaksa kita di kawal oleh kapalterbang tu.... Jangan...Jangan suka tuju kapalterbang ke arah kumpulan orang atau kita, bahaya.....takut kalau miss connec- tion, aduiii bayangkanlah dua tiga orang rebah....
Masa nak landing, jerit dan katakan "Landinggggggg" [Jangan sebut Landing Time, nanti ada jawab Laporpo dan watakungsi....Kah! Kah! Kah! tanya kawan samada Runway clear....kalau tak clear, terbang lagi, minta depa clear runway. Bila dah dapat clerence, maka ambil satu arah dan mula drop power perlahan-lahan, pastikan kapalterbang dive dalam keadaan tujahan yang sedikit laju.... bila sudah mencapai 3 mtr levelkan, tarik elevetor perlahan- lahan hingga kapalterbang mendatar. Dalam keadaan tu, kawal sehingga semakin rendah dalam keadaan level sehingga Landing gear belakang men- cecah tanah dan luncurkan terus, kemudian setelah perlahan, taxikan balik hingga parking....matikan injin.....off Tx dan kemudian hisap rokok...

Rasanya takat tu dulu basic flying kepada mereka yang dah boleh take off dan Landing....mana yang belum boleh tu, jerit-jeritlah kat sifu-sifu yang ada tu untuk landingkan......

Bab nak ushar-ushar buat formation tu, Bung Keladi dan Otai-Otai lain boleh teruskan sessi teori ni kut... heeeeeeeeeee

info : http://www.duniarc.com/index.php/topic,424.msg95874.html#msg95874

16 July 2010

Aktiviti Aeromodeling - Yang Patah Tubuh, Yang Crash Berganti

...Kapalterbang Amirul SkyRider Mach I dah kecundang, akibat dari retak terlepas pandang di bahagian wing sitnya, dan melayanglah sayapnya di udara Stargate dan fuselargenya terbenam dalam bendang...

Abg Man dan Amirul sedang membuat persediaan














   

Kemalangan yang tidak dijangkakan, skyrider Amirul hancur

Dengan hiba di hati, Amirul membuka assesori skyridernya


Maka kapalterbang yang dah hancuss tu diganti baru, Trainer juga Solo Sport 40...


10 July 2010

Aktiviti Aeromodeling - Koleksi Model Kapalterabang terbaruku

Aku telah menambah 1 model lagi dalam koleksi model kegemaranku, dan aku amat berterima kasih kepada seorang sahabatku En. Sham [Americmaiden] dari Sungai Buluh, yang telah sudi menjual/ hadiahkannya kepadaku, kerana ini adalah salah satu model klasik bagiku yang amat ku inginkan. Dan aku perkenalkan inilah model:-
 
Cessna 188 Awagon


20 June 2010

Komentar - Main Kapalterbang RC Hangat-Hangat Taik Ayam.

Sebelum aku melintau jauh dalam celoteh komentar aku ni, awal mula aku nak minta mahaplah dengan ko orang yang dok masih main benda rc ni, atau yang dah berhenti pasai kapalterbang dah jatuh. Aku heranlah, ramai yang aku perhatikan ramai mereka yang begitu asyik bila tengok orang lain main benda rc ni [bagi aku masih focus kapalterbanglah], atau ada yang terpengaruh dengan ajakan kawan, maka berhabislah buang duit [...aku taulah duit ko orang] beli kapalterbang. Masuk padang belajar dan terbang bukan main hebat, seronok hingga jawaban diberikan bila ditanya, 

" saya tetap setia main kapalterbang rc ni bang, ramai kawan dan ada disiplin boleh membentuk saya ke arah berperaturan...saya tidak akan tinggalkan hobi tersayang ni bang..." antara mereka ini berkata.

Tapi, bila kapalterbang yang satu dah kedebus, berkecai dan berselerak, hati dan akuannya itu turut berkecai dan berselerak entah ke mana. Hilang menyepi dan akhirnya tak muncul-muncul lagi..
Kenapa semangat sebegini begitu mudah luntur, walaupun ramai yang jadi macam itu, tapi aku respect juga dengan ramai dan lebih ramai lagi dari mereka ini yang masih setia dengan hobi ini, walaupun kapalterbang atau Heli silih berganti samada lingkup atau sebagai koleksi peribadi. Bayangkan otai-otai yang masih berceretek atas padang dan enjoy terbang...tahniah untuk mereka ini - aku pun masih layan kapalterbang rc ni setiap hujung minggu.

30 May 2010

Aktiviti Aeromodeling - JJCFS Perak - Meru Raya Flying Site 10/04/2010

Saya bersama beberapa ahli dari Pendang RC Flying Field, Bg Nuar, Amirul dan Roslan telah hadir serta dalam Mini Fun Fly dalam Programe JJCFS DuniaRC.Com di Perak - Meru Raya Flying Site. Saya amat teruja dengan mesra sambutan semua ahli MRFS kepada semua tetamu yang hadir, saya bersama ahli PRCFF hanya dapat serta pada 10/04/2010 sahaja. Di sini juga kami berpeluang bertemu dengan Brozack, duta duniarc.com, Major Hafizi [Fizsal], orang kuat duniarc.com, PakcikJoe, Demontel, Kol. Adha [Ranger RC], Geng Ijok, Sdr Fitri [Hasmirol] dan ramai lagilah, seronok, cukup seronok. Memang meriah sekali acara-acara yang di adakan itu. Rasanya tidak puas saya menerbangkan Cessna saya di sana...Harapnya di masa akan datang ingin lagi saya ke sana..terima kasih kepada Sdr Apeh, Major Zailan, Sdr SeriDesa, En Bakar dan lain-lain yang saya tidak ingat sample nama mereka...

Brozeck sedang menemuramah Abg Man
Antara suasana JJCFS Mini FunFly Meru Raya, Jelapang, Ipoh
Antara Kapalterbang Kawalan jauh yang menyertai



Delegasi dari SPAF
Antara Peserta yang hadir dan pesawat RC yang ada
Salah sebuah pesawat RC sedang beraksi
Sebuah Warbird sedang beraksi
Peserta dari Perak, Aban sedang beraksi 3D
Acara rempit sedang berjalan
Antara keceriaan FF-JJCFS Meru Raya
Sebuah Pesawat Cessna sedang landing
Pesawat Raven sedang lintas lalu
Pesawat Beagle sedang Landing
Pesawat Beagle sedang berlepas
Seri Desa, Pengendali Lalulintas Udara sedang bertugas
Kenangan
Amirul sedang menerbangkan Cessna 182 Skylane
Antara pesawat Beagle yang mengambil bahagian