Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

24 July 2009

Aktiviti Aeromodeling - Aktiviti di Pendang RC Flying Field 24/09/2009

Profail - Mulanya Aku Dalam Dunia Aeromodeling

Bermula pada 1975, aku terintai hobi Aeromodeling ni sejak seorang guru sains fizik sekolah aku, Sekolah Menengah Datuk Penggawa Barat, Pontian, Johor [yelah, aku ni memang Johorian Boy]. Aku lupa pulak namanya. Tapi dia expert control line model. Puhhh! punyalah hebat dan ganazzz dia punya goreng. Bab dengan Control Line model tu, ok aku tabik spring. tapi model Cessna saiz 40nya tak naik-naik, zoom sana, zoom sini sepanjang padang awam daerah Pontian masa pesta sukan sekolah.
Bila ditanya "apa pasal tak terbang, cikgu" tanya aku dengan penuh minat, tapi masa tu airmuka dia sikit nampak gelabah. Lepas itu dengan selamba dia matikan injin model.
"Sorrylah ye, ada masalah teknikal sikit" ujarnya sambil cepat-cepat mencempung kapalterbang nya itu ke kemah pamiran.
Masa tu manalah aku tahu pasal ni semua, aku syok tengok dan angan-angan saja. Maka sejak itu jadilah ia sebagai dendam kesumat dalam diri aku. Aku impikan, bahawa aku pun nak main bendalah terbang ni, tapi bukan yang kontrol pakai tali tu, uhhh leceh.
Setelah impian yang lahir dari dendamku itu berkepok sampai kering dalam diri aku ni, maka sejak 1990 swaktu bertugas di Pulau Langkawi, aku teringat kembali impianku itu, sewaktu terjumpa seorang hamba Allah yang datang melancung ke Pulau Langkawi sambil menerbangkan benda ni, Hamba Allah itulah En Mahamad Yusuff Hj Hassan [masa tu belum Haji lagi], maka dengan hasil hutang sulungku dari Koperasi Polis, maka aku sambar model EZ Snark 20T dan Futaba Conqueast 5 channel, gigil juga aku dengan harganya masa tu, lebih 1k jugaklah.
Tapi tak apa, pendaman impian aku jadi kenyataan. Maka mulalah aku aktifkan impian aku tu. Setelah 2 - 3 kali aku start injin dan melayahkan sayapnya tanpa ilmu, maka 2 - 3 kalilah juga kecepus. Last sekali aku kena ambil EZ sportman 20H pulak. Maka dengan tunjuk ajar En Mahamad Yusuff Hj Hasssan [Lepas ini aku pendekkan jadi MYHH] dan bantuan remoting dari seorang bakal Pilot TNB yang sedang berkursus piloting helikopter di MOFAZ flying school, Langkawi, iaitu En Roslan [aku panggil Lan Robot je....terima kasih Lan, sekarang aku tak tahu di mana engkau] mulalah aku belajar hingga lapan kali jatuh dan baik pulih EZ Sportman 20H tu, aku pun bolehlah terbang seiringan dengan cikgu aku, MYHH tu. Tapi masa tu EZ Sportman 20H aku tu dah cukup parah, tapi aku teruskan aktiviti aku tu dengan EZ Combat 20H [3 bijik], EZ Sportman 40H dan lain-lain lagilah, banyak yang aku dah tak ingat masa ni.

Sampailah sekarang ni, aktiviti aku dah agak perlahan sikit, dah tua kot...