Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

20 June 2010

Komentar - Main Kapalterbang RC Hangat-Hangat Taik Ayam.

Sebelum aku melintau jauh dalam celoteh komentar aku ni, awal mula aku nak minta mahaplah dengan ko orang yang dok masih main benda rc ni, atau yang dah berhenti pasai kapalterbang dah jatuh. Aku heranlah, ramai yang aku perhatikan ramai mereka yang begitu asyik bila tengok orang lain main benda rc ni [bagi aku masih focus kapalterbanglah], atau ada yang terpengaruh dengan ajakan kawan, maka berhabislah buang duit [...aku taulah duit ko orang] beli kapalterbang. Masuk padang belajar dan terbang bukan main hebat, seronok hingga jawaban diberikan bila ditanya, 

" saya tetap setia main kapalterbang rc ni bang, ramai kawan dan ada disiplin boleh membentuk saya ke arah berperaturan...saya tidak akan tinggalkan hobi tersayang ni bang..." antara mereka ini berkata.

Tapi, bila kapalterbang yang satu dah kedebus, berkecai dan berselerak, hati dan akuannya itu turut berkecai dan berselerak entah ke mana. Hilang menyepi dan akhirnya tak muncul-muncul lagi..
Kenapa semangat sebegini begitu mudah luntur, walaupun ramai yang jadi macam itu, tapi aku respect juga dengan ramai dan lebih ramai lagi dari mereka ini yang masih setia dengan hobi ini, walaupun kapalterbang atau Heli silih berganti samada lingkup atau sebagai koleksi peribadi. Bayangkan otai-otai yang masih berceretek atas padang dan enjoy terbang...tahniah untuk mereka ini - aku pun masih layan kapalterbang rc ni setiap hujung minggu.