Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

05 November 2011

Akhirnya dapat ku miliki jua

...pada kesudahan pencarianku, maka telah dapat ku perolehi OK Model, MACE Pilot 2.5 meter glider with flap idaman hatiku ini, terima kasih kepada rakan flyer dari Pulau Pinang yang hanya aku kenali sebagai Carman yang sudi menyimpan dan menjualnya padaku...ah indahnya alam...




11 October 2011

Lawatan - Saujana II dan P20 Putrajaya

...dalam sibuk aku menjen gah adik aku yang sakit di Sg Kantan, Ka jang pada 09/ 10/2011, sem pat juga aku dan Amirul membuat la- watan singkat secara menge jut ke padang terbang Saujana II, maka akhir nya bertemulah aku dengan rakan flyers yang begitu lama kenal tapi tidak pernah bertemu, Keladi atau Jeffri , Capt Rusdi aka Lifeputra, Zul Hobby World dan beberapa orang lagi rakan-rakan flyers yang belum familiar dengan aku. Terima kasih jua ku ucapkan atas sambutan yang mesra dan mengembirakan, walaupun penat semalaman memandu dari utara. Terima kasih kepada Capt Hj Rusdi kerana telah sudi bersusah payah menghantar dan menunjukkan jalan ke Saujana II. Sayang, kerana kami agak terlewat sampai, maka tidak dapatlah bertemu dengan Brozeck [Addie] dan beberapa orang lagi flyers Saujana II.

Jeffri
Jeffri dengan cameranya
Tapi kami agak lewat juga sampai, dan terle paslah pe luang un tuk bertemu dengan Zaidi [Brozack] serta beberapa orang rakan flyers yang lain.... kepada semua Warga Saujana II, mohon dimaafkan saya dua beranak ke rana menerju datang secara mengejut begitu.

TokGuru dengan anak muridnya
Goston sedang memberi penerangan kepada new rc palne comer

Manakala se belah petang nya pula da pat kami ber jumpa dengan Henri, Shuut serta rakan-ra kan flyer P20 Putra Jaya... terima kasih kepada mere ka yang mene rima kedata ngan singkat kami ke P20, padang yang cantik punya ruang udara yang luas dan landasan buat manusia yang ummmm....heeee

15 September 2011

Komentar - ...aku masih gagal menemuinya

...aduhh, masih gagal lagi aku memilikinya, siapakah yang memilikinya, terakhir terkesan di Pulau Pinang, sayangnya aku terlewat sikit...sesiapa yang memiliki model ini, mohonlah ko jual kat aku...

OK Model, MACE Pilot 2.5 meter glider with flap

07 September 2011

Komentar - Quadcopter

...apakah aku juga akan terlibat dengan benda ini?


setelah Autogyro aku mengecewakan, nampak quad ni sesuatu yang menarik, cukup sesuai dengan kerja-kerja arealphotography...apa kata anda??

02 September 2011

Aktiviti Aeromodeling - My Autogyro crash back in Action

...korban raya ketiga 1403H


 ...goodbyelah sama dia... masuk dalam hangar, grounded.

25 August 2011

Salam Aidilfitri untuk semua Followers beragama Islam

               
               

19 August 2011

Aktiviti Aeromodeling - My Autogyro come back in Action

...ha ha ha my autogyro is coming back in action!!

02 June 2011

Komentar - Black Hawk Down Lies About Malaysian Contribution..

Black Hawk Downer
Malaysian general says film glosses over contributions of his soldiers

By Brendan Pereira
MALAYSIA CORRESPONDENT

KUALA LUMPUR - In the Hollywood action movie Black Hawk Down, there are only fleeting shots of Asian men helping to rescue 75 US soldiers pinned down by militia fire in Mogadishu, Somalia.

And that is not good enough for Brigadier-General (Retired) Datuk Abdul Latif Ahmad (above). He wants the real story of what happened on Oct 3, 1993 told.

Brigadier-General Datuk Abdul Latif Ahmad was the commander of the Malaysian contingent in Oct 1993. -- THE SUN He was the commander of the Malaysian contingent, part of the United Nations peacekeeping force stationed in the tumultuous African state.

He saw 114 of his men go into battle with US forces on Oct 3 1993 and emerge six hours later with one man killed, nine injured and four armed personnel carriers destroyed.

'We were there in the thick of the battle. It is only right to set the record straight or Malaysian movie-goers will be under the wrong impression that the battle was fought by the Americans alone, while we were mere bus drivers to ferry them out,' said the 59-year-old former officer, who keeps a scrapbook of his tour of duty in Somalia.

Since the movie opened in theatres in the country, there has been no debate in the newspapers about the role of the Malaysian forces.

The general feeling appears to be that it is a movie loosely based on a real incident.

Accounts executive Rahim Osman, 33, had a vague idea that there was a local angle to what he had seen on the big screen. 'I remember that Malaysia was part of the UN forces, ' he said.

No such problems remembering the events of Oct 3, 1993 for Gen Abdul Latif and his men. An operation by the US forces to nab Somali warlord Gen Mohammed Farrah Aidid in his enclave failed. Compounding matters, two Black Hawk helicopters sent to pick up the US soldiers were shot down.

An order 'to assist by all means available' was made by the United Nations command to Malaysian and Pakistani contingents. But it came after the US had made four unsuccessful attempts to rescue their trapped soldiers.

There was a further delay before the Malaysian team could move into action. The US wanted to go it alone but with the use of 32 Malaysian armed personnel carriers.

Gen Abdul Latif recalled that the US military was advised it could not learn how to operate the Belgian-made carriers in a short while.

Only after considerable discussion and delay did Malaysian troops and US Ranger teams move into action.

Eighteen US soldiers died and 70 were wounded. Private Mat Aznan Awang was the sole Malaysian casualty. He received the highest gallantry award from the Malaysian King. Other members of the team were also decorated. 


More satisfying was the praise the Malaysian soldiers received from the men with whom they fought alongside.

Brigadier-General Greg Gile, commander of the US Ranger Force wrote on Oct 14, 1993: 'The battle that will live in history - your forces proved essential to accomplish the mission. The Rangers were saved, thanks to your soldiers.'

Major-General Thomas Montgomery, commander of the UN forces, was equally effusive. 'We are mindful of the price paid by your brave soldiers. We will never forget them and will be eternally grateful to Malaysia,' he said, assuring Malaysia that any US press critical of the rescue effort was off the mark.

The Hollywood movie has chosen to gloss over a contribution that a lieutenant in the US army appreciated.

A few days after the rescue, Lt John Breen wrote to the Malaysian soldiers who fought alongside him. He said many Americans were able to go to their families because of the help provided by the Malaysian troops.

He said: 'I would fight alongside you anywhere, any place.'

Gen Abdul Latif wants this untold part of Black Hawk Down known.
-Straits Times
 
Ref. Text Link: http://www.airliners.net/aviation-forums/non_aviation/read.main/167972/
Ref. Pic Link : http://military-photos.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

31 May 2011

Aktiviti Aeromodeling : Selasa 31/05/2011 - Le Belakang De' Tesco

Sudah masuk minggu ke 3, aku tidak beraktiviti di Pendang RC Flying Field [PRCFF], agak sibuk sikit dengan kerja, tetapi layan juga dengan anak aku kat Le Belakang De'Tesco Alor Setar. Padang terbang ini bolehlah tahan luasnya, rasa tak bimbang dengan pokok keliling, pasal tidak ada pokok, kalau adapun diluar jangkauan. Tempat ini boleh dikatakan setiap petang menjadi tumpuan beberapa orang flyer baru dan lama beraktiviti...
Tapi padang ini merupakan tempat aktiviti sementara sahaja, ini kerana pihak pemaju belum berhajat nak buat bangunan lagi di atas tanah ini, tidak ada tarmac luas, cuma jalannya saja bertarmac cantik, kalau nak diikutkan bahaya kalau start fly atas tarmac tu, kerana ada ramai penonton, tapi ada juga sorang dua flyer tegar yang dok bantai juga start take off di atas tarmac tu, susah hati juga kita bila tengok macam tu.

Tapi adalah terbaik kalau bawa dan take-off kapai kita atas padang tu, padang pun bukanlah berlekuk sangat, banyak level dan sesuai untuk take-off. Sesuai untuk plane Nitro dari saiz kecil ke peringkat gaban boleh terbang di padang ini.  Nak buat apa meneuver sekalipun boleh. Soalnya keselamatan ada no. 1, jika hebat macam mana sekalipun keyakinan dan kebolehan kita mengendalikan pesawat kita, langkah keselamatan lalu kita abaikan, maka tidak jadi apa-apalah, maka sia-sialah kehebatan yang kita rasakan itu.

Jangan nanti atas ketegaran kita dengan keyakinan terlalu pada kemampuan kita, maka satu hari kita akan menyesal kerana gah diri yang menguasai pertimbangan akal kita.
Jadi marilah kita beraktiviti secara sihat, sedar dan memikirkan soal keselamatan. Biarlah orang melihat dengan seronok bukan dengan takut atau bimbang sambil mencemik bibir kepada kita yang tergambar ego pada mata mereka kelak. Minta mahaplah kepada mereka yang tertegur oleh kelancangan mulut dari riak mata aku yang memerhatinya. Malang tidak berbau dan tidak boleh dielak sebenarnya, tapi dengan langkah kehati-hatian kita semua, mungkin malang itu tidak berlaku dihadapan kitakan..? heeeeeeeeeeeeee....

   Eh, dah landing kapai ko Mirul?


02 May 2011

Aktiviti Aeromodeling : Ahad 01/05/2011 - Le RC Fly-In de Pendang

Aku turut terlibat dengan penganjuran acara ini di Pendang RC Flying Field [PRC FF], sederhana sa- haja yang mampu diadakan. Kehadiran flyer-flyer bolehlah tahan, selain dari geng Pendang, ada juga rakan dari Alor Setar turut serta bersama-sama, teri- ma kasihlah atas kesudian anda

Namun apa yang penting ialah, mat- lamat penganjuran acara 'Le RC Fly-In de Pendang' ini, ia- itu perhimpunan pa- ra peminat dan juru- terbang rc tidak kira dari mana sekalipun, dapat dinyatakan. Walaupun sekadar dari 2 flying site, namun keceriaan dapat dirasakan.




15 April 2011

Autogyro - LUOBO 15 Punya Hal...

Rupanya kenapa benda Autogyro ni tidak ramai flyer yang interested. Kerana dahlah nak dapat sparepart [terutama Main Rotor Blade] cukup susah, nak beli kena dari luar negeri, mahal pulak tu, landed kat Alor Setar mau sampai RM2++ satu set (3) blade. Nak buat sendiri macam dikatalah, bukan pandai sangat..

Dahlah nak terbangkan menantang ni punya sukar, bila dah terbang tu nak handle dia banyak korei... last-last kecepus..
Tapi aku cukup terkilan dengan sikap tuan benda ni yang asal dimana aku beli darinya dulu, ada juga aku hubungi dia untuk dapatkan pendapat dan pertolongan bagaimana nak dapatkan blade spare tu, berapa pun aku bayar, tapi hingga kini dia senyap jerr, eh tak mesra rakan flier betullah...

Berkat terjumpa semula dengan Shahrin, merupakan pelopor Autogyro kat Alor Setar ni, dan nasihat dari beliau maka aku ambil keputusan nak buat sendirilah, tapi entah bila boleh fly balik menatang ni...

Model yang aku punya ni LUABO 15 - Aku beli dari kawan Chienese di MAHA RM450.00 ha ha ha

27 February 2011

Gambar: 27/02/2011 - Pertandingan Seni Suara Burung di Stadium Darul Aman

...aku tidak tahu akan hal-hal pertandingan seni suara burung nih, tapi dah terlanjur ikut kawan yang menyertainya, aku snaplah beberapa gambar dengan camera cap cipan aku nih...


Kategori pertandingan pada hari ini ialah, suara burung Murai Batu, Murai Cacing dan yang mahalnya, kategori Merbah Jambul.

...tak faham betul macam mana proses pengadilan dilakukan untuk memilih pemenangnya. Kalau nak kata dengan suara merdu burung-burung itu, terlalu banyak suara burung-burung itu bersimpang siur membingitkan..