Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

15 April 2011

Autogyro - LUOBO 15 Punya Hal...

Rupanya kenapa benda Autogyro ni tidak ramai flyer yang interested. Kerana dahlah nak dapat sparepart [terutama Main Rotor Blade] cukup susah, nak beli kena dari luar negeri, mahal pulak tu, landed kat Alor Setar mau sampai RM2++ satu set (3) blade. Nak buat sendiri macam dikatalah, bukan pandai sangat..

Dahlah nak terbangkan menantang ni punya sukar, bila dah terbang tu nak handle dia banyak korei... last-last kecepus..
Tapi aku cukup terkilan dengan sikap tuan benda ni yang asal dimana aku beli darinya dulu, ada juga aku hubungi dia untuk dapatkan pendapat dan pertolongan bagaimana nak dapatkan blade spare tu, berapa pun aku bayar, tapi hingga kini dia senyap jerr, eh tak mesra rakan flier betullah...

Berkat terjumpa semula dengan Shahrin, merupakan pelopor Autogyro kat Alor Setar ni, dan nasihat dari beliau maka aku ambil keputusan nak buat sendirilah, tapi entah bila boleh fly balik menatang ni...

Model yang aku punya ni LUABO 15 - Aku beli dari kawan Chienese di MAHA RM450.00 ha ha ha