Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

31 May 2011

Aktiviti Aeromodeling : Selasa 31/05/2011 - Le Belakang De' Tesco

Sudah masuk minggu ke 3, aku tidak beraktiviti di Pendang RC Flying Field [PRCFF], agak sibuk sikit dengan kerja, tetapi layan juga dengan anak aku kat Le Belakang De'Tesco Alor Setar. Padang terbang ini bolehlah tahan luasnya, rasa tak bimbang dengan pokok keliling, pasal tidak ada pokok, kalau adapun diluar jangkauan. Tempat ini boleh dikatakan setiap petang menjadi tumpuan beberapa orang flyer baru dan lama beraktiviti...
Tapi padang ini merupakan tempat aktiviti sementara sahaja, ini kerana pihak pemaju belum berhajat nak buat bangunan lagi di atas tanah ini, tidak ada tarmac luas, cuma jalannya saja bertarmac cantik, kalau nak diikutkan bahaya kalau start fly atas tarmac tu, kerana ada ramai penonton, tapi ada juga sorang dua flyer tegar yang dok bantai juga start take off di atas tarmac tu, susah hati juga kita bila tengok macam tu.

Tapi adalah terbaik kalau bawa dan take-off kapai kita atas padang tu, padang pun bukanlah berlekuk sangat, banyak level dan sesuai untuk take-off. Sesuai untuk plane Nitro dari saiz kecil ke peringkat gaban boleh terbang di padang ini.  Nak buat apa meneuver sekalipun boleh. Soalnya keselamatan ada no. 1, jika hebat macam mana sekalipun keyakinan dan kebolehan kita mengendalikan pesawat kita, langkah keselamatan lalu kita abaikan, maka tidak jadi apa-apalah, maka sia-sialah kehebatan yang kita rasakan itu.

Jangan nanti atas ketegaran kita dengan keyakinan terlalu pada kemampuan kita, maka satu hari kita akan menyesal kerana gah diri yang menguasai pertimbangan akal kita.
Jadi marilah kita beraktiviti secara sihat, sedar dan memikirkan soal keselamatan. Biarlah orang melihat dengan seronok bukan dengan takut atau bimbang sambil mencemik bibir kepada kita yang tergambar ego pada mata mereka kelak. Minta mahaplah kepada mereka yang tertegur oleh kelancangan mulut dari riak mata aku yang memerhatinya. Malang tidak berbau dan tidak boleh dielak sebenarnya, tapi dengan langkah kehati-hatian kita semua, mungkin malang itu tidak berlaku dihadapan kitakan..? heeeeeeeeeeeeee....

   Eh, dah landing kapai ko Mirul?


02 May 2011

Aktiviti Aeromodeling : Ahad 01/05/2011 - Le RC Fly-In de Pendang

Aku turut terlibat dengan penganjuran acara ini di Pendang RC Flying Field [PRC FF], sederhana sa- haja yang mampu diadakan. Kehadiran flyer-flyer bolehlah tahan, selain dari geng Pendang, ada juga rakan dari Alor Setar turut serta bersama-sama, teri- ma kasihlah atas kesudian anda

Namun apa yang penting ialah, mat- lamat penganjuran acara 'Le RC Fly-In de Pendang' ini, ia- itu perhimpunan pa- ra peminat dan juru- terbang rc tidak kira dari mana sekalipun, dapat dinyatakan. Walaupun sekadar dari 2 flying site, namun keceriaan dapat dirasakan.