Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

31 May 2011

Aktiviti Aeromodeling : Selasa 31/05/2011 - Le Belakang De' Tesco

Sudah masuk minggu ke 3, aku tidak beraktiviti di Pendang RC Flying Field [PRCFF], agak sibuk sikit dengan kerja, tetapi layan juga dengan anak aku kat Le Belakang De'Tesco Alor Setar. Padang terbang ini bolehlah tahan luasnya, rasa tak bimbang dengan pokok keliling, pasal tidak ada pokok, kalau adapun diluar jangkauan. Tempat ini boleh dikatakan setiap petang menjadi tumpuan beberapa orang flyer baru dan lama beraktiviti...
Tapi padang ini merupakan tempat aktiviti sementara sahaja, ini kerana pihak pemaju belum berhajat nak buat bangunan lagi di atas tanah ini, tidak ada tarmac luas, cuma jalannya saja bertarmac cantik, kalau nak diikutkan bahaya kalau start fly atas tarmac tu, kerana ada ramai penonton, tapi ada juga sorang dua flyer tegar yang dok bantai juga start take off di atas tarmac tu, susah hati juga kita bila tengok macam tu.

Tapi adalah terbaik kalau bawa dan take-off kapai kita atas padang tu, padang pun bukanlah berlekuk sangat, banyak level dan sesuai untuk take-off. Sesuai untuk plane Nitro dari saiz kecil ke peringkat gaban boleh terbang di padang ini.  Nak buat apa meneuver sekalipun boleh. Soalnya keselamatan ada no. 1, jika hebat macam mana sekalipun keyakinan dan kebolehan kita mengendalikan pesawat kita, langkah keselamatan lalu kita abaikan, maka tidak jadi apa-apalah, maka sia-sialah kehebatan yang kita rasakan itu.

Jangan nanti atas ketegaran kita dengan keyakinan terlalu pada kemampuan kita, maka satu hari kita akan menyesal kerana gah diri yang menguasai pertimbangan akal kita.
Jadi marilah kita beraktiviti secara sihat, sedar dan memikirkan soal keselamatan. Biarlah orang melihat dengan seronok bukan dengan takut atau bimbang sambil mencemik bibir kepada kita yang tergambar ego pada mata mereka kelak. Minta mahaplah kepada mereka yang tertegur oleh kelancangan mulut dari riak mata aku yang memerhatinya. Malang tidak berbau dan tidak boleh dielak sebenarnya, tapi dengan langkah kehati-hatian kita semua, mungkin malang itu tidak berlaku dihadapan kitakan..? heeeeeeeeeeeeee....

   Eh, dah landing kapai ko Mirul?


02 May 2011

Aktiviti Aeromodeling : Ahad 01/05/2011 - Le RC Fly-In de Pendang

Aku turut terlibat dengan penganjuran acara ini di Pendang RC Flying Field [PRC FF], sederhana sa- haja yang mampu diadakan. Kehadiran flyer-flyer bolehlah tahan, selain dari geng Pendang, ada juga rakan dari Alor Setar turut serta bersama-sama, teri- ma kasihlah atas kesudian anda

Namun apa yang penting ialah, mat- lamat penganjuran acara 'Le RC Fly-In de Pendang' ini, ia- itu perhimpunan pa- ra peminat dan juru- terbang rc tidak kira dari mana sekalipun, dapat dinyatakan. Walaupun sekadar dari 2 flying site, namun keceriaan dapat dirasakan.




15 April 2011

Autogyro - LUOBO 15 Punya Hal...

Rupanya kenapa benda Autogyro ni tidak ramai flyer yang interested. Kerana dahlah nak dapat sparepart [terutama Main Rotor Blade] cukup susah, nak beli kena dari luar negeri, mahal pulak tu, landed kat Alor Setar mau sampai RM2++ satu set (3) blade. Nak buat sendiri macam dikatalah, bukan pandai sangat..

Dahlah nak terbangkan menantang ni punya sukar, bila dah terbang tu nak handle dia banyak korei... last-last kecepus..
Tapi aku cukup terkilan dengan sikap tuan benda ni yang asal dimana aku beli darinya dulu, ada juga aku hubungi dia untuk dapatkan pendapat dan pertolongan bagaimana nak dapatkan blade spare tu, berapa pun aku bayar, tapi hingga kini dia senyap jerr, eh tak mesra rakan flier betullah...

Berkat terjumpa semula dengan Shahrin, merupakan pelopor Autogyro kat Alor Setar ni, dan nasihat dari beliau maka aku ambil keputusan nak buat sendirilah, tapi entah bila boleh fly balik menatang ni...

Model yang aku punya ni LUABO 15 - Aku beli dari kawan Chienese di MAHA RM450.00 ha ha ha

27 February 2011

Gambar: 27/02/2011 - Pertandingan Seni Suara Burung di Stadium Darul Aman

...aku tidak tahu akan hal-hal pertandingan seni suara burung nih, tapi dah terlanjur ikut kawan yang menyertainya, aku snaplah beberapa gambar dengan camera cap cipan aku nih...


Kategori pertandingan pada hari ini ialah, suara burung Murai Batu, Murai Cacing dan yang mahalnya, kategori Merbah Jambul.

...tak faham betul macam mana proses pengadilan dilakukan untuk memilih pemenangnya. Kalau nak kata dengan suara merdu burung-burung itu, terlalu banyak suara burung-burung itu bersimpang siur membingitkan..






16 January 2011

Aktiviti Aeromodeling - Ahad 16/01/2011 - PRCFF New Year Mini RC Fly-In 2011

Sempena hari keputeraan DYMM Sultan Kedah Darul Aman, Warga PRCFF telah mengadakan satu mini Event, New Year Mini RC Fly-In 2011 yang telah dihadiri oleh warga PRCFF, rakan RC dari Negeri Perlis, Sungai Petani, Sintok dan Alor setar. Pelbagai model kapalterbang RC kategori ringan telah menyertainya. Antara gambaran yang dapat dirakam..

17 December 2010

Tayangan : Renegade 40L in Action at Pendang RC Flying Field [PRCFF]

Renegade 40L kini beraksi di Pendang RC Flying Field yang dikendalikan oleh Amirul hasil dari latih tubi dan lanjutan yang tidak dijemukan, maka hasilnya, alhamdulillah..

08 December 2010

Kyosho Concept 30SE/DX - Hirobo Shuttle Z

Kyosho Concept 30 - Model helikopter rc yang amat saya gemari justeru Heli pertama yang saya hover dan terus tahu mengendalikan helikopter rc dalam pertengahan tahun 1997 - Namun sekarang hanya tinggal kenangan sahaja...

Kyosho Concept 30 SE/DX
Kyosho Concept 30 SE/DX

Hirobo Shuttle Z - Model helikopter rc latihan saya di awal penglibatan dengan
helikopter kawalan jauh. Setting untuk latihan asas sahaja, tidak seperti
sekarang yang sudah advance dari segi teknoloji material, setting dan corak
penerbangannya.

Hirobo Shuttle Z gambar contoh
Hirobo Shuttle Z milik saya



26 November 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 26/10/2010

Meriah juga aktiviti minggu ini. Dan para flyer yang baru sudah menampakkan kemajuan masing-masing, tahniah kepada antara mereka Nazri, Amirul dan juga Adib yang semakin yakin pada diri sendiri dan kemampuan yang diperolehi. Penasihat keliahatan riang dengan perkembangan ini. Dan Pendang kini mulai menyaksikan ada antara ahlinya yang mula berjinak untuk penerbangan Helikopter, syabas Firdaus dan Pakya[Lori]. Ada sedikit kemalangan berlaku pada Cessna 188 Agwagon Abg Man, hinggap atas pokok dan cedera sikit jerr...

05 November 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 05/11/2010

Aktiviti minggu ini macam biasa yang dihadiri sebahagian dari penerbang-penerbang dari Pendang, Alor setar dan Sitiawan. Terima kasih diucapkan pada Sdr Hasmirol yang sudi melapangkan masa ke PRCFF...

Suasana awal aktiviti PRCFF
Amirul sedang sibuk melakukan persediaan bersama Nazri
Hasmirol sedang melihat persediaan yang sedang dilakukan
Sambil menyiapkan kapai sambil bersembang
...khusyuk nampak!
...ni pun sama khusyuk
Agwagon Abg Man masih malas lagi dalam kereta
...Boleh sumbat, ko sumbat Bro...
Pakya[Lori] dengan DIY Glidernya...
...sedang menerbangkan DIY Glidernya
Agwagon bangkit juga celapak dah atas tanah...
Sessi penerbangan Latihan masing-masing
...Firdaus sedang gelak besar...
Nazri sedang khusyuk terbang sambil diawasi PakYa[Kolam]
Jet EDF Saffi landing
Dua beranak
sedang berlatih dengan Renegadenya
Renegade on air
Renegade on air
Renegade on air
Abg Man sedang fly Renegade Amirul
Hasmirol Flyer dari Sitiawan balik bercuti di Sik
Agwagon on air
Agwagon dah landing
Agwagon taxing ke parking DQ72
Renegade taxing ke parking DQ72
Renegade taxing ke parking DQ72
Perbincangan isu RC semasa
Safii sedang start injin Skyrider Mach Inya
Penonton aktiviti
Skyrider Mach I take off
Abg Man sedang mengendalikan Agwagonnya
Agwagon sedang beraksi di udara
Agwagon di udara
Agwagon di udara
Agwagon sedang buat low pass
Agwagon kembali on track
Agwagon sedang beraksi aerobatic di udara
Antara flyers yang sedang lupa apa ada di bumi
Firdaus sedang mengaksikan helinya
Hasmirol sedang test Renegade Amirul