....bulan puasa ni, aktiviti hobby aku ada slow sikitlah. Nak ke padang terbang, kapai dah cedera, nak ke laut pulak alun dan ombak sama-sama menggemakan lagu sengsara. Jadi aku pulun kat atas daratan sajalah, kerja. Tapi aku ada sedih sikitlah. Sepatutnya bulan-bulan ibadah macam ini, kita digalakkan banyak buat amal ibadah dan kebaikan, ini tidak, ada segelintir manusia ni tak puas-puas dengan nafsu nafsih, asyik nak buat kacau saja. Hakikat yang nyata tidak pernah diterima dengan kesedaran langsung. Nikmat yang Tuhan bagi tidak pernah disyukuri, walaupun kata-kata manis yang dihamborkan mereka amat menyakinkan orang lain. Apalah nak jadi manusia ni.......Terimalah hakikat yang sudah tertulis untuk kita tu, jangan kita nak jadi lebih dari Tuhan pulak...
......kadang-kadang aku nak tergelak sendiri...
No comments:
Post a Comment