Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

30 March 2010

Ucapan - Tahniah Mendapat Cucu Sulong

Saya sekeluarga turut merasa gembira dan mengucapkan Tahniah kepada Idola saya dan orang yang banyak memberi didikan dan latihan dalam dunia rc ini, Tn Hj Mahamad Yusuf Hj Hassan ang telah dikurniakan seorang cucu perempuan melalui hasil perkahwinan anak peremuannya Cikgu Suhana dengan En Farid...



Profail - Rakan Flyer Yang Gigih

Baru ni ada buat lawatan ke Pulau Mutiara, dan bertemu dengan Bob rakan Flyer dari Bayan Mutiara Flying Site, seronok dapat bersembang dan merenung semangatnya dengan dunia rc. Terima kasih atas kenduri yang diberikan kepada saya sekeluarga.

BobFuzie wajah periang sentiasa
Makan kenduri di warung BobFuzie di Air Itam, Pulau Pinang
Makan kenduri

Lawatan : Mengkuang Airport

Pada 26/03/2010 lalu, aku adalah melawat Mengkuang Airport, agak lama aku tidak melawat kat sini, pada hari itu aku berjumpa dengan beberapa ahli Mengkuang Airport yang mesra macam dulu juga, antaranya Bro Ilias, Bro Zulzafya dan New comer Bro Asri...

Bersama ahli Mengkuang Airport, Asri
Dari kiri Zulzafya, Abg Man, Asri dan ilias

Orang kuat Mengkuang Airport, Zulzafya
Bersama orang lama Mengkuang Airport, Sdr ILias
ILias sedang beraksi dengan helikopternya
Berbual dan ngumpat heli Zulzafya

14 March 2010

Aktiviti Aeromodeling - Remaidin RC Paraplane

Sekian lama dia aku perapkan dalam setor rumah aku. Sekian lama juga dia menanti waktu untuk diudarakan. Sekian lama juga dia cukup lemas dalam kerinduan dengan panorama indah dari udara yang dulu menjadi kebanggaannya. Inilah paraplane yang aku bina sendiri kombinasi DIY planenya dengan kanopi yang ku ambil dari paraplane asal buatan EP Sport paraplane produk dari HIROBO. Mulanya pembinaannya amat mudah, aku guna botol liquid Breeze dengan menggunakan injin OS Max 25 FP. Dan setalah itu aku membuat pengubahsuaian menyeluruh di mana aku bina semula dengan menggunakan kayu dan aluminiaum.. maka jadilah ianya begini,

Sedang mengisi minyak
Sedang menari di udara
Sedang mendarat fancy lap
Selamat mendarat
Mengembangkan canopynya
Melayangkan untuk takeoff
Paraplane sedang beraksi mengelilingi padang

10 March 2010

Aktiviti Aeromodeling - JJCFS Pendang 14/02/2010

Program Jalan-Jalan Cari Flying Site DuniaRC.Com[JJCFS] sudah pun tiba di Pendang RC Flying Field [PRCFF] dengan aksi-aksi penerbangan kapalterbang kawalan jauh dari para peserta yang begitu riang dan cukup meriah. Antara pengunjung dari luar sebagai tetamu istimewa acara di PRCFF ialah En Zaidi [Brozeck, Duta DuniaRC.Com], Major Zailan [THECLUTH] wakil dari Perak-Meru Raya Flying Field, En. Fitri [Hasmirol] wakil dari Perak-Sitiawan Mini Airport], En. Jatt wakil dari Putera Jaya, En. Bob dan En. Kamarr [Mbmatesa] wakil dari Bayan Mutara Flying Field, Pulau Pinang, En. Ilham wakil dari Paremba Flying Field, En Shahrin wakil dari Stargate Flying Field. Justeru barisan flyer serta krew dari PRCFF terdiri dari Tn. Hj Mahamad Yusuf Hj Hassan [MYHH] Penasihat PRCFF, En Zainudin Md Nor [Deen] Penghulu PRCFF, En. Ismafaridi, En. Farizan barisan Field Marshall JJCFS-Pendang, En. Zakaria, En Zakaria barisan Flying Field Instructor PRCFF, En Hafis, En Firdaus, En Rodzi, Cikgu dan anaknya Adli Ariff, En Ah Hai, En Fuad dan lain-lain yang menjayakan Program JJCFS Pendang...Abg Man ucapkan terima kasih dan Selamat maju jaya..

Barisan AJK JJCFS-FunFly PRCFF bersama BroZeck
Hasmirol [MAC], BroZeck [Duta DRC, Bob [BMFF]
Antara kapalterbang yang mengambil bahagian
Salah satu Helikopter wakil dari BMFF
Persediaan awal aktiviti FunFly JJCFS PRCFF
Tn Hj Mahamad Yusuf dan rakan mendengar bualan Bro Lan
BroZeck sedang beraksi
Cherokee sedang beraksi di udara
Bonanza V-Tail BroZeck selamat mendarat dengan senyumnya
Salah satu pesawat sedang beraksi di udara
Tn Hj Mahamad Yusuf dengan Fikri wakil PRCFF
Seagull Model milik Fikri
Mambang Kuning Theclucth
Pendang Tower, request for takeoff..!
Hari ni kita akan lelaong kapaiterebang..
Mejar Zailan sedang buat tuning Texan Adli Ariff
Zakaria wakil PRCFF akan beraksi
Brozeck satu-satunya wakil dari Squad JJCFS
Keceriaan wajah peserta dari BMFF, Pulau Pinang
Duta Duniarc.com sedang bersedia pesawat Cerokeenya
Brozeck dan TheClucth wakil dari Meru Raya Flying Site, Ipoh
Sdr Jad peserta dari Puterajaya
Pesawat Bonanza V-Tail Brozeck turut beraksi
Sdr Hasmirol, wakil dari Sitiawan, Perak
Peserta dari Alor Setar sedang menyediakan Auto-Gyronya
Sessi perbincangan
Penasihat PRCFF, Tn Hj Mahamad Yusuf sedang menyelia acara
Pesawat-pesawat yang mengambil bahagian
Antara kemeriahan FF PRCFF-JJCFS
Barisan Host FunFly JJCFS-PRCFF
Sebuah Cessna 182 selamat mendarat di PRCFF


Gambar kenangan FunFly JJCFS-PRCFF 2010
Demikianlah Program Jalan-Jalan Cari Flying Site - Pendang, semoga kemeriahan ini akan dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. Kerjasama dari semua Pengurusan, ahlijawatan kuasa pengelola, Majlis Daerah Pendang, Para juruterbang jemputan Tn. Penasihat serta Penghulu bagi pihak Pendang RC Flying Field [PRCFF] mengucapkan gunungan terima kasih yang tidak terhingga - Abg Man.