Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

14 March 2010

Aktiviti Aeromodeling - Remaidin RC Paraplane

Sekian lama dia aku perapkan dalam setor rumah aku. Sekian lama juga dia menanti waktu untuk diudarakan. Sekian lama juga dia cukup lemas dalam kerinduan dengan panorama indah dari udara yang dulu menjadi kebanggaannya. Inilah paraplane yang aku bina sendiri kombinasi DIY planenya dengan kanopi yang ku ambil dari paraplane asal buatan EP Sport paraplane produk dari HIROBO. Mulanya pembinaannya amat mudah, aku guna botol liquid Breeze dengan menggunakan injin OS Max 25 FP. Dan setalah itu aku membuat pengubahsuaian menyeluruh di mana aku bina semula dengan menggunakan kayu dan aluminiaum.. maka jadilah ianya begini,

Sedang mengisi minyak
Sedang menari di udara
Sedang mendarat fancy lap
Selamat mendarat
Mengembangkan canopynya
Melayangkan untuk takeoff
Paraplane sedang beraksi mengelilingi padang

No comments:

Post a Comment