Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

21 February 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 19/02/2010

JJCFS Duniarc.com - Pendang semacam menjadi pembakar semangat kepada warga Pendang RC Flying Field. Aktiviti yang dijalankan minggu ini benar-benar panas dengan aksi-aksi terbang dari flyer-lyer yang ada di Pendang ni. Kehadiran ahli kekal dan pertembahan ahli-ahli baru pun ada dan merangsangkan.


Suasana awal aktiviti
Antara kapalterbang yang mendarat di PRCFF
Perbincangan latihan
Juruterbang pertama beraksi
IsmaFaridi dibantu PakYa[Kolam] memasang seagull 40nya
Rodzi ahli baru PRCFF
Fikri dengan Seagull Low wing 40nya
Farizan ahli baru PRCFF
Ah Hai
PakYa[Kolam] tuning kapalterbang Fikri

Penasihat [Mantor PRCFF], Tn Hj Mahamad Yusuf Hj Hassan selaku Penaung MYHH RC Flying Team merasa amat bangga dengan perkembangan positif ini, apa yang diharapkannya, PRCFF akan terus berkembang dan menjadi ruang kepada juruterbang-juruterbang baru untuk menimba ilmu dan membiasakan diri dengan bidang kawalan jauh ini. Manakala Sdr Deen, Penghulu PRCFF turut merasa gembra dengan keadaan ini dan mempersilakan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bidang kawalan jauh ini di PRCFF. 

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 12/02/2010

Aktiviti penerbangan kapalterbang kawalan jauh di PRCFF semakin panas kerana ransangan dari program jalan-jalan cari flying site duniarc.com yang akan diadakan pada 14/02/2010 nanti. Masing-masing memang teruja dengan bakal kedatangan juruterbang-juruterbang dari luar sebagai jemputan khas yang banyak pengalaman. Semoga semangat ini akan menjadi wadah dalah usaha memperkembangkan lagi aktiviti aeromodeling di daerah Pendang ini.

Antara pesawat RC yang beraktiviti di PRCFF minggu ini
Abg Man sedang membantu membaiki pesawat Roslan yang rosak
Suasana sibuk Flyer dengan urusan pesawat masing-masing
Adli dan Cikgu Maliki sdang menyiapkan pesawatnya
IsmaFaridi dan PakYa[Kolam] tuning PC9
Fikri sedang buat tuning Seagull Low Wing 40nya
Seagull Low Wing 40 sedang berlepas untuk beraksi
Pesawat Canary 40 Roslan sedang buat Low Pass














 

07 February 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 05/02/2010

Program Jalan-Jalan Cari Flying Site Duniarc.com semakin hampir, para ahli PRCFF semakin rajin melakukan latihan dan terbang ria antara mereka. Penghulu PRCFF, Deen cool aje, Ikon/Penasihat PRCFF, Tn Hj Mahamad Yusuf [MYHH] pun cool juga melayan kerenah anak-anak buah kat PRCFF. Aku macam biasa, mai padang layan kamera aku sebagai bahan untuk DuniaRC.Com dan Blog ni. Antara gambaran aktiviti pada hari ini..

Suasana awal dan persediaan sebelum terbang. PakYa [Kolam] tu menung bukan apa, dok pikiaq apa nak jadi JJCFS ni nanti, kapal pun tak siap lagi dari cedera. PakYa [Lori] tengah pulun dengan Shaffi panaskan injin, sebentar lagi kira nak merempit.


Ini lagi dua orang ni, masing-masing dengan kerenah sendiri, Fird begitu intim dengan Kyosho Calmatonya, walaupun ada insan lain yang begitu mengidamkannya. Memang aku akuilah plane ni payah sikit nak dapat, mahal juga pulak tu. Dan kawan aku yang saorang lagi ni, Fikri [bertopi] begitu seronok dengan Seagull Low Wingnya. Tapi setiap kali hulur transmeter pindah kat dia terus parkinson, bergegar habis dua-dua lututnya. Tapi semangat kuat tu. Kadang-kadang aku naik segan pulak dengan mereka-mereka ni. Rajin, berani dan tidak mudah patah semangat. Macam aku dengan Tn Hj Mahamad Yusuf lah dulu...

Shaffi, minggu ini baru dapat bersama, bersemangat melihat sudah ramai rakan flyer yang aktif di PRCFF setiap minggu. Seorang flyer yang konsisten dan berkeyakinan.

Ismafaridi

 
PakYa [Kolam]

  
Fikri

   
Fird

 
PakYa [Lori]