Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

07 February 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 05/02/2010

Program Jalan-Jalan Cari Flying Site Duniarc.com semakin hampir, para ahli PRCFF semakin rajin melakukan latihan dan terbang ria antara mereka. Penghulu PRCFF, Deen cool aje, Ikon/Penasihat PRCFF, Tn Hj Mahamad Yusuf [MYHH] pun cool juga melayan kerenah anak-anak buah kat PRCFF. Aku macam biasa, mai padang layan kamera aku sebagai bahan untuk DuniaRC.Com dan Blog ni. Antara gambaran aktiviti pada hari ini..

Suasana awal dan persediaan sebelum terbang. PakYa [Kolam] tu menung bukan apa, dok pikiaq apa nak jadi JJCFS ni nanti, kapal pun tak siap lagi dari cedera. PakYa [Lori] tengah pulun dengan Shaffi panaskan injin, sebentar lagi kira nak merempit.


Ini lagi dua orang ni, masing-masing dengan kerenah sendiri, Fird begitu intim dengan Kyosho Calmatonya, walaupun ada insan lain yang begitu mengidamkannya. Memang aku akuilah plane ni payah sikit nak dapat, mahal juga pulak tu. Dan kawan aku yang saorang lagi ni, Fikri [bertopi] begitu seronok dengan Seagull Low Wingnya. Tapi setiap kali hulur transmeter pindah kat dia terus parkinson, bergegar habis dua-dua lututnya. Tapi semangat kuat tu. Kadang-kadang aku naik segan pulak dengan mereka-mereka ni. Rajin, berani dan tidak mudah patah semangat. Macam aku dengan Tn Hj Mahamad Yusuf lah dulu...

Shaffi, minggu ini baru dapat bersama, bersemangat melihat sudah ramai rakan flyer yang aktif di PRCFF setiap minggu. Seorang flyer yang konsisten dan berkeyakinan.

Ismafaridi

 
PakYa [Kolam]

  
Fikri

   
Fird

 
PakYa [Lori]

4 comments:

  1. best la.mcm mana nak berkecimpung dalam dunia RC ni.

    ReplyDelete
  2. ..senang je dik, pertama carilah padang terbang yang hampir dengan anda, pergilah dan saksikan, sembang dengan ahli aktiviti di situ, cari kepastan dan keyakinan diri dulu, kemudian fikir dalam diri lepas tu minta nasihat rakan-rakan di flying site itu dan kemudian buat keputusan anda..

    ReplyDelete
  3. terima kasih.nak tanya lagi ni... agak2 brapa perbelanjaan untuk mula main ?

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni ada sikit susah nak target harganya, kerana plane EP dengan Nitro Power dah nak lebih kurang aje harganya, tapi di sini saya hanya boleh cadangan untuk Nitro Power, kerana saya tidak pernah fly EP plane...perbelanjaan untuk nitro power sekarang ni antara lebih kurang RM1,600.00 lah itupun harga kasar jerr..

    ReplyDelete