Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

09 January 2010

Profail - Guru Aeromodeling Aku


Tn Hj Mahamad Yusuff Bin Hj Hassan 


Lebih dikenali sebagai Yusuff atau MYHH saja di kalangan rakan-rakannya di Perak dan di mana saja dia pergi bertanding. Inilah orangnya yang banyak memberi ilmu dan bimbingan padaku dalam dunia Aeromodeling ini, Pada aku, dia memang benar-benar Otai dalam bidang kawalan jauh ini, deretan piala dalam show case di rumah dan photo lamanya lebih menyakinkan aku, MYHH pernah menjuarai setiap goenre yang disertainya. Dan boleh dikatakan semua goenre kawalan jauh diceburinya. Kalau kita buat lawatan ke rumahnya di Jalan Sultanah, set apa yang dia tidak ada. Kapalterbang, Helikopter, Bot, Kereta F1, Buggy, Paraplane, Sailboat. Kira koleksi yang dia ada tu memang menerujakan siapa yang melihatnya. Paling manis kenangannya sewaktu menjuarai pylon race Asian pada satu masa dalam tahun 80an. Kejuaraan dalam negara tak usah ceritalah. 3hb Disember 1995 sempena LIMA'95, aku terlibat sebagai Juruterbang kedua/Penyelaras Acaranya semasa melaksanakan acara mencipta Malaysia Book Of Record - Katagori Kapalterbang Kawalan Jauh Merentas Laut Tanpa Henti dalam masa hanya 54 minit saja merentas laut sejauh 30.4 km Kuala Perlis ke Pantai Radisson Hotel, Tg Rhu. Acara ini telah disambut oleh YAB Datuk Seri [Tun] Dr Mahathir Bin Mohamed, Perdana Menteri Malaysia masa itu, sambil menyaksikan pertunjukan udara kawalan jauh dari MYHH di pantai itu. Dan hingga kini Kapalterbang Ace 40 [Pilot Product] dengan kuasa injin OS Max 60FP masih tersimpan di Galeri Perdana Pulau Langkawi. setelah dihadiahkan kepada YAB Datuk Seri [Tun] Dr Mahathir Bin Mohamed sebagai tanda penghargaan atas usaha beliau memertabatkan LIMA serta sukan udara di Malaysia.

Sehingga kini, aku masih lagi menimba ilmu penerbangan pesawat kawalan jauh dan melakukan apa jua tugas yang diminta olehnya dalam mengendalikan sebarang aktiviti MYHH RC Flying Team untuk aku mempelajari apa yang dia pernah buat dalam bidang kawalan jauh ini. Hasilnya, aku telah diangkat olehnya sebagai Jurulatih kapalterbang kawalan dalam MYHH RC Flying Team, satu team yang ditubuhkan khas untuk menggabungkan semua juruterbang kawalan jauh yang bernaung dengannya. Tahulah aku serba sedikit mengendalikan penganjuran aktiviti penerbangan atau pertandingan pesawat kawalan jauh ini. Dari situ, aktiviti kami telah menular hingga ke pameran LIMA'1997, Langkawi Fly In- Oshkosh East'1998 dan beberapa penganjuran lain-lain lagi..

No comments:

Post a Comment