Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

09 January 2010

Aktiviti Memancing - Mabuk Di Tuas Yan

27/12/2009, aku bersama ahli team Azil, Ustaz dan 6 orang lagi rakan pemancing aku turunlah ke Tuas Yan, kerana dengar banyak bodong Tenggiri di sana. Dan pada malam kami akan berangkat tu, singgah sebentar di pasar awam Yan Kecil, masa ini terjumpalah dengan satu team lain yang baru balik dari memancing di Tukun Kapal Karam, waaaaaahhh hasil pancingannya ikan Tenggiri pelbagai size sejumlah 36 ekor sedang dijual kepada seorang peraih ikan, anggaran malam itu, tidak kurang RM2,000.00 mereka perolehi sebagai imbalan kerja sehari dab berbahagi 6 orang.

Dengan berbekalkan semngat itu, kami pun berlepas dengan bot Pak Mat Letrik dari Sg Udang, Yan. Keadaan laut macam biasa, berombak tapi tidak membadai. Mulanya singgah di perairan Pulau Bunting cari umpan sotong. Ketiadaan hadirnya sotong di situ, maka kami meneruskan pelayaran ke Tuas Darat malam itu juga. Tapi sehingga tengah malam, tiada sebarang hasil pancingan dinaikkan. Jadi semua ahli pakat tidur berehat untuk menantikan esok yang akan penuh dengan acara memancing dan memburu Tenggiri. Tapi sayang, laut yang tenang tadi datang bergelora sedikit, dan keadaan aku yang kurang sihat membawa hawa mabuk laut dan menjadikan aku sebagai menidur sepanjang waktu. Gambarpun tidak mampu aku rakamkan untuk siaran di sini.

Hasil tangkapan kami juga kurang, dapatlah ikan-ikan kecil dan dari teknik tundaan, maka Azil menaikkan seekor Tenggiri 4 kg. Hingga jam 5.oo petang, kami terus berlepas pulang ke pengkalan setelah meronda tanpa hasil ke Tuas Laut dan beberapa tukun yang ada.

Aku masih tetap dalam keadaan mabuk laut.

No comments:

Post a Comment