Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

20 January 2010

Komentar - Sebagai Manusia, Tidak Kita Sebenarnya Pandai.

Aku sengaja ingin memberi komenlah kepada individu-individu yang suka sangat merasa bahawa diri mereka itu sudah "top", dah pandai atau dia mahu lebih atau hebat dari orang lain. Walaupun bidang yang dia ceburi itu baru sangat, bak kata orang-orang tua "hingus pun tidak habis kering lagi" atau masa aku bertugas dalam pasukan dulu "cap jari pun tak kering lagi" dah nak dabik dada entah yang bukan-bukan.

Sebenarnya komen aku ini adalah bertujuan untuk menyedarkan saudara-saudara aku yang merasa luas bidang dadanya ini, terutama dalam bidang hobi kawalan jauh ini. Ingatlah saudara, kawalan jauh ini sekadar hobi saja, janganlah kita gunakan ia sebagai landasan untuk bermegah dan melihat orang lain itu kecil. Kita tidak tahu, orang lain yang kita pandang kecil, apalagi gaya orang itu nampak semacam dungu atau pun tidak membesar-besarkan ego semacam kita itu, sudah kita cap dia dungu atau kurang dari kita.

Pernah tidak kita terfikir, bahawa orang yang diam dan tenang hanya melihat akan gelagat ghairahnya kita itu, sebenarnya orang yang tahu malah lebih tahu dari kita yang suka memperlekehkan orang. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat atas pemberian dari Ilahi, usah bermegah-megah sangat dengan kedudukan dan pangkat serta cita rasa ingin dihormati, tetapi kita tidak tahu menghormati orang lain.

Pangkat hanya pakaian nama saja, disebut-sebut orang memula panggilan nama kita. Itu tidak kekal, bila kita dah terbujur kaku dalam liang lahad nanti, pangkat itu akan tinggal jadi sampah.
Kebolehan yang kita ada dalam dada tupun tak banyak mana, melihat pada prestasinya dalam bidang hobi kawalan jauh ni, tak banyak majunya. Biasa saja, malah apa yang dilakukannya itu orang yang dia pandang kecil itu sebenarnya dah muak, kerana orang kecil itu malah lebih maju lagi dalam pengendalian kawalan jauh ni. Aku cukup hormat dengan sebilangan saudara-saudara aku yang tidak seperangai saudara aku yang sorang ni, mereka lebih hebat dengan gaya, pemilikan, dan kemampuan dalam bidang kawalan jauh ni, tapi bila didekati, selalu mengaku mereka masih dalam peringkat belajar menimba ilmu.

Jadi, ukurlah baju ke badan sendiri, jangan nanti menang sorak, kampung tergadai atau riuh bertempik dengan sebuah tong yang kosong. Maaflah kalau cuitan ini terkena batang hidung saudara hingga boleh mendatangkan mabuk selalu di laut bergelora, nanti kapal itu hilang haluan pulak.

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bro macam ustaz RC....

    ReplyDelete
  3. Sdr Tanpa nama terbaru, bukan ustaz, tapi hanya sekadar luahan dan pandangan aku saja...terima kasih atas sokongan sdr...

    ReplyDelete
  4. Salam abg mohiz.. saya setuju sgt dengan abg.. Kita sebagai manusia x blh nk mendabik dada. walo pun kita rase kita di kedudukan tggi, tapi msih ade lg org yg tinggi, kalu kita rase kecil, ade lagi org yg paling kecil. Kita tetap same pd pandangan tuhan. yg beza hanyalah amalaa]n. Saya rase bangge dgn semangat abg. Saya pon baru nak berjinak-jinak dgn hobi nie. TQ..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Kita ni semua macam itulah, usah memandang diri, jika mahu melihat sebenarnya diri kita, tapi pandanglah mata dan bibir orang, kerana di situlah siapanya kita sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. Jalah-jalan dalam dunia rc terjumpa blog saudara Moziz... disini saya ada satu pendapat dan pandangan tentang komentar diatas... Assalamualaikumm... Rasulallah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya,nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat" Berbalik pada hadis diatas saya yang masih baru tentang ilmu rc dan saya ingin mengulas pandangan tentang sifat sesetengah orang baru dalam rc ini.. buat renungan bersama,sesetengah tempat padang rc yang saya hadiri bersama rakan dan sebagai orang yang amat baru dalam rc ini,kami amat berhati-hati dalam berbicara dan merasa rendah diri takut kalau tersilap cakap atau memberikan pandanganyang tak berguna maklumlah kami masih baru dalam rc ini kadang cakap pun benda-benda dah lapuk bagi otai-otai rc.. maklumlah kami masih baru lagi dan baru saja mengenali satu sama lain...jadi jalan terbaik adalah mendiamkan diri dan mendengar kata-kata otai-otai,orang tak perasan apa itu merendah diri dan apa itu bermegah diri mendabik dada,jangan kita tidak mengenali seseorang lalu kita sudah menjatuhkan hukum kepadanya..ada orang senang dihampiri ada orang susah dihampiri... bila dihampiri baru kita tahu isi hati...kami orang baru,tapi orang lain nampak macam kita banyak tahu,lalu timbul rasa cemburu.. bagi saya dahulu cemburu yang amat sangat bila melihat kapal-kapal yang mereka terbangkan.. akhirnya tak kemana pun buat timbul rasa dengki sahaja.. jadi,seadanyalah apa yang kita ada "ingatlah,kita melihat perangai orang,perangai kita pun dilihat orang" mohon berbanyak maaf pada pemilik blog seandainya coretan saya mengguris hati...saya hanya untuk menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan saudara seislam sahaja...

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan manusia ni macam itulah, takut menghadapi kenyataan dirinya sendiri. Dan kerana itulah saya sedar dan menulis artikel itu. Tapi jika sdr teruskan sikap begitu, maka sukar untuk sdr berkembang dalam apapun bidang yang sdr ceburi. Usah hiraukan apa tanggapan orang pada kita, perkara pokok yang penting, sesuatu bidang yang kita ceburi itu perlu dipertingkatkan melalui kemampuan kita...ilmu bukan didapati hanya duduk di dalam kelas sahaja, ilmu lebih banyak, mudah dan lebh terbuka bila kita melakukan gerak kerja dan bertanya.

    ReplyDelete