Laman Blog ini adalah catitan aktiviti berkaitan kegemaran yang diceburi oleh penulis. Kegemaran Aeromodeling adalah kegemaran utama, manakala hobi memancing sekadar sambilan sahaja. Anda adalah dipersilakan untuk turut bersama memberi sebarang komen-komen membina supaya ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi laman ini.

Apologise To International Viewer

Apologise To All Viewers
I'm sorry to you all guys, because I created this blog in Malay langguage, because my english is not well. Thank's to view my blog - Mohiz

30 January 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 29/01/2010

Terus beraktiviti di Pendang RC Flying Field. Jumaat 29/01/2010 semakin menghampiri program Jalan-Jalan Cari Flying Site DuniaRC.Com. Latihan giat dijalankan oleh beberapa orang juru ter- bang, walaupun dalam hati masing-masing agak gementar bila akan melakukan aktiviti ini bersa- ma dengan para juruterbang yang lebih berpengalaman dari mereka nanti. Penasihat PRDFF, Tn Hj Mahamad Yusuff Hj Hassan [MYHH] bersama Penghulu PRCFF En Zainudin Md Noor [Deen] begitu bersemangat untuk menyambut kedatangan para rerakan dari Kuala Lumpur. Pihak PRCFF amat mengharapkan kerjasama dari pihak Majlis Daerah Pendang, untuk memberikan kebenaran untuk PRCFF menggunakan seharian Tarmac Pekan Nat dan Padang berumput Mini Stadium Pendang bagi kemudahan para juruterbang kawalan jauh yang akan beraksi di sini 14/01.2010 nanti.

Suasana awal di PRCFF
Ah Hai sedang melayan pertanyaan dari pelajar yang berminat
Sedang menari di ruang udara
Penasihat PRCFF/MYHHRCFT Tn Hj Yusuf Hassan [MYHH]
IsmaFaridi seorang juruterbang yang rajin dan lembut amat cermat
Firdaus juruterbang yang promising
Ah Hai dengan merupakan seorang flyer yang rajin dan sabar
Firdaus sedang menyediakan Calmato 40nya
Tn Hj Mahamad Yusuf Hj Hassan, Ikon RC Kedah
Sdr Ari seorang juruterbang OKU dari Alor Setar
PakYa[Lori] seorang juruterbang yang berani dan berhemah
Abg Man dan Firdaus sedang melakukan rempitan di udar
Beginilah keintiman para juruterbang-juruterbang kawalan jauh yang bernaung di bawah bum bung Pendang RC Flying Field ini. Walaupun tidak ramai, namun keserasian dan saling hormat menghormati tetap terjalin yang diperkukuhkan lagi dengan ucap nasihat Tn Hj Mahamad Yusuf Hj Hassan yang gigih memimpin.

20 January 2010

Komentar - Sebagai Manusia, Tidak Kita Sebenarnya Pandai.

Aku sengaja ingin memberi komenlah kepada individu-individu yang suka sangat merasa bahawa diri mereka itu sudah "top", dah pandai atau dia mahu lebih atau hebat dari orang lain. Walaupun bidang yang dia ceburi itu baru sangat, bak kata orang-orang tua "hingus pun tidak habis kering lagi" atau masa aku bertugas dalam pasukan dulu "cap jari pun tak kering lagi" dah nak dabik dada entah yang bukan-bukan.

Sebenarnya komen aku ini adalah bertujuan untuk menyedarkan saudara-saudara aku yang merasa luas bidang dadanya ini, terutama dalam bidang hobi kawalan jauh ini. Ingatlah saudara, kawalan jauh ini sekadar hobi saja, janganlah kita gunakan ia sebagai landasan untuk bermegah dan melihat orang lain itu kecil. Kita tidak tahu, orang lain yang kita pandang kecil, apalagi gaya orang itu nampak semacam dungu atau pun tidak membesar-besarkan ego semacam kita itu, sudah kita cap dia dungu atau kurang dari kita.

Pernah tidak kita terfikir, bahawa orang yang diam dan tenang hanya melihat akan gelagat ghairahnya kita itu, sebenarnya orang yang tahu malah lebih tahu dari kita yang suka memperlekehkan orang. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita dapat atas pemberian dari Ilahi, usah bermegah-megah sangat dengan kedudukan dan pangkat serta cita rasa ingin dihormati, tetapi kita tidak tahu menghormati orang lain.

Pangkat hanya pakaian nama saja, disebut-sebut orang memula panggilan nama kita. Itu tidak kekal, bila kita dah terbujur kaku dalam liang lahad nanti, pangkat itu akan tinggal jadi sampah.
Kebolehan yang kita ada dalam dada tupun tak banyak mana, melihat pada prestasinya dalam bidang hobi kawalan jauh ni, tak banyak majunya. Biasa saja, malah apa yang dilakukannya itu orang yang dia pandang kecil itu sebenarnya dah muak, kerana orang kecil itu malah lebih maju lagi dalam pengendalian kawalan jauh ni. Aku cukup hormat dengan sebilangan saudara-saudara aku yang tidak seperangai saudara aku yang sorang ni, mereka lebih hebat dengan gaya, pemilikan, dan kemampuan dalam bidang kawalan jauh ni, tapi bila didekati, selalu mengaku mereka masih dalam peringkat belajar menimba ilmu.

Jadi, ukurlah baju ke badan sendiri, jangan nanti menang sorak, kampung tergadai atau riuh bertempik dengan sebuah tong yang kosong. Maaflah kalau cuitan ini terkena batang hidung saudara hingga boleh mendatangkan mabuk selalu di laut bergelora, nanti kapal itu hilang haluan pulak.

18 January 2010

Aktiviti Memancing - Video Yang Dah Lama Tersimpan

Video ini cukup lama sudah tersimpan, sejak aku dah tahu macam mana nak upload ke dalam blog ni, maka inilah yang dapat aku persembahkan aktiviti bervideo aku masa dapat ikan Tenggiri di perairan Pulau Langkawi lewat tahun lepas, maaflah kerana gambar yang tak terang, ehsan dari sahabat aku En Jamaddudin Bin Johor yang turut sama dalam trip itu. Thank's Din...


Mustahak - Komen-Komen Anda Di Pohonkan

Aduhai sehingga sekarang aku perhatikan setiap topik-topik yang aku tulis dan siarkan dalam  laman blog aku ini, masih tidak ada yang sudi memberikan sebarang komen dari sdr-sdr yang menjengah masuk ke dalam laman blog aku ini. Maka adalah dengan rendah dirinya aku memohonkan sedikit tulisan komen dari sdr-sdr pelawat blog aku ini untuk aku nilaikan bahawa di mana kelemahan yang perlu aku perbaiki dan menaik sesuaikan blog ini hingga dapat menjadi salah satu blog yang mampu membantu..Blog ini bukan berbau politik, tidak berbau xxx18, ia hanya berkisar kepada hobi yang aku ceburi, tapi tidaklah aku menyekat dari sesiapa yang ingin memberi komen yang dapat membantu aku untuk kebaikan blog ini...terima kasih...

16 January 2010

Tayangan - Russian SU-30MK Fighter jet


Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 15/01/2010

Seperti biasa pagi Jumaat yang cuacanya kira 5 bintang hari ini, juruterbang-juruterbang rc Pendang RC Flying Field datang melakukan latihan penerbangan dengan pesawat masing-masing. Tapi kami di Pendang RC Flying Field ni, ramai yang menerbangkan pesawat berkuasa nitro, walaupun ada EP, tapi tak ramai.

PakYa[Lori] begitu asyik melihat IsmaFaridi beraksi


Ari
 Ary, seorang juruterbang OKU yang begitu gigih dengan bidang pesawat kawalan jauh ini, beliau merupakan salah seorang anak didik aku yang masih giat berlatih dan memperlihatkan aksi-aksi panas di udara. Seagull 40 Low wing ini adalah pesawat kesayangannya dan sebuah model yang terbaik dalam katagori sport plane. Keseimbangan dan floatingnya amat sesuai kepada beginers.

Suasana hari aktiviti
Suasana Pendang RC Flying Field pagi ini dengan para juruterbang dan audience yang datang menyaksikan aksi-aksi penerbangan yang dilakukan oleh juruterbang kawalan jauh yang ada. Beginlah setiap minggu dengan kehadiran peminat yang suka menontonnya.

Adalah yang digelakkan oleh Firdaus ni
Fird sedang bersedia dengan Kyoshocalmato 40Lnya. Merupakan salah seorang juruterbang tempatan Pendang yang rajin dan Lowprofile. 

Perbincangan
PakYa [Kolam] bagitu tekun membantu Ah Hai yang sedang menghadapi masalah teknikal kapalterbangnya. Ah Hai adalah juruterbang berbangsa Cina tunggal setia bersama dengan rerakan yang lain menjalankan latihan untuk menajamkan lagi kebolehan mengendalikan penerbangan pesawat kawalan jauh ini.

Antara mereka yang hadir sessi hari ini:-

IsmaFaridi
PakLang Deen
Firdaus
Ah Hai
PakYa[Lori]
Ary
PakYa[Kolam]
Abg Man

Lawatan - Tasik Bertam

Pada 07/12/1988, dulu aku adalah buat lawatan ke Tasik Bertam tempat geng MengkuangRC.com berhimpun untuk aktiviti rc dan floating.  Masa ini pertama kali jumpa dengan kemesraan sambutan yang diberikan kepada aku, Sdr Kerengge, Zulzafya, Bg Nan, Macamkenai dan beberapa orang lagi yang mesra menyambut dan bersembang sedikit tentang aktiviti. Sayang sekali aku sampai di waktu akhir aktiviti mereka hari itu, jadi termalamlah kami....jumpa pun tak lama sekitar 25 minit saja. Sebenarnya awalnya aku ke Mengkuang flying site, tapi tiada siapapun dan dapat maklumat mereka ke Tasik Bertam.
Sedang berbual mesra dengan Bg Nan dan Zulzafya

11 January 2010

Aktiviti Aeromodeling - Model-Model Kapalterbang Idaman

Sejak mula aku berkecimpong dengan bidang pesawat kawalan terdapat beberapa model yang amat saya minati. Oleh kerana saya cukup berminat dengan scale model, maka corak pengendalian saya juga mengikut scale model tersebut. Ia cukup memberikan kepuasan kepada diri saya sendiri.

Cessna 182 Skylane
 Model PC7 Mk. II
SK-61 Scottish Bulldog
Alhamdulillah kini saya sudah memilikinya. Bayangkan idaman sudah tercetus dari tahun 1989 baru sekarang saya dapat memilikinya. Tapi tidaklah saya menginginkan model-model yang besar-besar sizenya...

Ada juga model-model yang sehingga kini belum dapat saya miliki atau terbangkan, terutama nya model-model scale Helikopter seperti...


Model Sirkorsky Dengan TUDM Color Scheme
Model Alouette Dengan TUDM Color Scheme

Aktiviti Aeromodeling - PROGRAM JJCFS DUNIARC.COM KE UTARA LAGI

Dalam waktu terdekat ini warga Pendang RC Flying Field [PRCFF] agak terharu dan masing-masing agak teruja dengan hasrat pihak Program Jalan-Jalan Cari Flying Site, DuniaRC.com yang telah tertawan dengan suasana PRCFF ni, dan hasrat untuk program ini telah memilih PRCFF sebagai tapak lawatan dan aktivitinya, amat kami alu-alukan..Maka Penasihat, Penghulu dan setiap warga PRCFF mengucapkan jutaan terima kasih penuh penghargaan atas niat hasrat JJCFS, Brozeck, Keladi, Fizsal, KLLim, Sham_a4s, Kasubagua dan lain-lain rakan atas kesudian ini. IsyaAllah pihak kami akan menyambut dan menyediakan apa yang mampu sekadar kami ini...

SELAMAT DATANG KE PENDANG RC FLYING FIELD [PRCFF]

kepada semua...  

Adalah dijangkakan Program ini akan diadakan pada 14/02/10 sempena Cuti Tahun Baru Cina. Kepada semua Warga PRCFF, Ahli-ahli RC Flyer Alor Setar dan sekitarnya, marilah kita bersama menjayakan aktiviti ini dan turut memeriahkannya nanti.

10 January 2010

Aktiviti Aeromodeling - Jumaat 09/01/2010

Aktiviti mingguan seperti biasa dengan kehadiran Tn Hj Myhh dan Penghulu PRCFF. Dan pada minggu ini aku tidak terbang, hanya menyaksikan ahli semua layan latihan dan merempit sesama mereka.

Sebahagian Flyer PRCFF
Suasana Aktiviti, Mambang kuning Fikri
Tn. Hj Yusuf sedang tune injin Mambang kuning Fikri
Perbincangan dan Latihan
Antara Flyer yang memaidinkan plane masing-masing -

Tn. Hj Mahamad Yusuf
PakLang Deen
IsmaFaridi
Firdaus
Fikri
PakYa[Lori]
PakYa[Kolam]
Ah Hai
Hafiz

09 January 2010

Profail - Guru Aeromodeling Aku


Tn Hj Mahamad Yusuff Bin Hj Hassan 


Lebih dikenali sebagai Yusuff atau MYHH saja di kalangan rakan-rakannya di Perak dan di mana saja dia pergi bertanding. Inilah orangnya yang banyak memberi ilmu dan bimbingan padaku dalam dunia Aeromodeling ini, Pada aku, dia memang benar-benar Otai dalam bidang kawalan jauh ini, deretan piala dalam show case di rumah dan photo lamanya lebih menyakinkan aku, MYHH pernah menjuarai setiap goenre yang disertainya. Dan boleh dikatakan semua goenre kawalan jauh diceburinya. Kalau kita buat lawatan ke rumahnya di Jalan Sultanah, set apa yang dia tidak ada. Kapalterbang, Helikopter, Bot, Kereta F1, Buggy, Paraplane, Sailboat. Kira koleksi yang dia ada tu memang menerujakan siapa yang melihatnya. Paling manis kenangannya sewaktu menjuarai pylon race Asian pada satu masa dalam tahun 80an. Kejuaraan dalam negara tak usah ceritalah. 3hb Disember 1995 sempena LIMA'95, aku terlibat sebagai Juruterbang kedua/Penyelaras Acaranya semasa melaksanakan acara mencipta Malaysia Book Of Record - Katagori Kapalterbang Kawalan Jauh Merentas Laut Tanpa Henti dalam masa hanya 54 minit saja merentas laut sejauh 30.4 km Kuala Perlis ke Pantai Radisson Hotel, Tg Rhu. Acara ini telah disambut oleh YAB Datuk Seri [Tun] Dr Mahathir Bin Mohamed, Perdana Menteri Malaysia masa itu, sambil menyaksikan pertunjukan udara kawalan jauh dari MYHH di pantai itu. Dan hingga kini Kapalterbang Ace 40 [Pilot Product] dengan kuasa injin OS Max 60FP masih tersimpan di Galeri Perdana Pulau Langkawi. setelah dihadiahkan kepada YAB Datuk Seri [Tun] Dr Mahathir Bin Mohamed sebagai tanda penghargaan atas usaha beliau memertabatkan LIMA serta sukan udara di Malaysia.

Sehingga kini, aku masih lagi menimba ilmu penerbangan pesawat kawalan jauh dan melakukan apa jua tugas yang diminta olehnya dalam mengendalikan sebarang aktiviti MYHH RC Flying Team untuk aku mempelajari apa yang dia pernah buat dalam bidang kawalan jauh ini. Hasilnya, aku telah diangkat olehnya sebagai Jurulatih kapalterbang kawalan dalam MYHH RC Flying Team, satu team yang ditubuhkan khas untuk menggabungkan semua juruterbang kawalan jauh yang bernaung dengannya. Tahulah aku serba sedikit mengendalikan penganjuran aktiviti penerbangan atau pertandingan pesawat kawalan jauh ini. Dari situ, aktiviti kami telah menular hingga ke pameran LIMA'1997, Langkawi Fly In- Oshkosh East'1998 dan beberapa penganjuran lain-lain lagi..

Aktiviti Memancing - Mabuk Di Tuas Yan

27/12/2009, aku bersama ahli team Azil, Ustaz dan 6 orang lagi rakan pemancing aku turunlah ke Tuas Yan, kerana dengar banyak bodong Tenggiri di sana. Dan pada malam kami akan berangkat tu, singgah sebentar di pasar awam Yan Kecil, masa ini terjumpalah dengan satu team lain yang baru balik dari memancing di Tukun Kapal Karam, waaaaaahhh hasil pancingannya ikan Tenggiri pelbagai size sejumlah 36 ekor sedang dijual kepada seorang peraih ikan, anggaran malam itu, tidak kurang RM2,000.00 mereka perolehi sebagai imbalan kerja sehari dab berbahagi 6 orang.

Dengan berbekalkan semngat itu, kami pun berlepas dengan bot Pak Mat Letrik dari Sg Udang, Yan. Keadaan laut macam biasa, berombak tapi tidak membadai. Mulanya singgah di perairan Pulau Bunting cari umpan sotong. Ketiadaan hadirnya sotong di situ, maka kami meneruskan pelayaran ke Tuas Darat malam itu juga. Tapi sehingga tengah malam, tiada sebarang hasil pancingan dinaikkan. Jadi semua ahli pakat tidur berehat untuk menantikan esok yang akan penuh dengan acara memancing dan memburu Tenggiri. Tapi sayang, laut yang tenang tadi datang bergelora sedikit, dan keadaan aku yang kurang sihat membawa hawa mabuk laut dan menjadikan aku sebagai menidur sepanjang waktu. Gambarpun tidak mampu aku rakamkan untuk siaran di sini.

Hasil tangkapan kami juga kurang, dapatlah ikan-ikan kecil dan dari teknik tundaan, maka Azil menaikkan seekor Tenggiri 4 kg. Hingga jam 5.oo petang, kami terus berlepas pulang ke pengkalan setelah meronda tanpa hasil ke Tuas Laut dan beberapa tukun yang ada.

Aku masih tetap dalam keadaan mabuk laut.

08 January 2010

Aktiviti Aeromodeling - Pembuka Tahun 2010

Jumaat 01/01/10 yang lalu, aktiviti mingguan di Pendang RC Flying Field diteruskan dengan kehadiran beberapa orang pilot Pendang dan Alor Setar, termasuk aku sekali. Selain melakukan latihan penerbangan, kami turut bertukar-tukar pengalaman, kisah dan ilmu sesama kami dalam bidang kawalan jauh ini. Tidak terlepas pandang juga dengan kehadiran penonton-penonton yang telah arif dan berdisiplin semasa sessi penerbangan dijalankan. Tahniah untuk penonton dari kalangan penduduk pekan Pendang....

Antara kehadiran
Antara kapalterbang yang landing
Ahli beraksi, Abg Man
Ahli beraksi, Firdaus
Ahli beraksi, Ary
Ahli beraksi, IsmaFaridi
Kelengkapan Ary
Calmato 40 Low Wing
Seagull Low Wing 40
Zagi
Calmato High Wing 40
Penyediaan kapalterbang